

> >> Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama,
> >> kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan
> >> hayatilah petikan dibawah:
> >> Pada (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak
> >> telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan
> >> ceramah beliau.
> >>
> >> Diantaranya :
> >>
> >> Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
> >> boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
> >> Allah.
> >>
> >> Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
> >> satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana
> >> baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada
> >> orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
> >> UM).
> >> Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun.
> >> Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide
> >> ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian.
> >> Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai,
> >> laut, perigi dan bermacam lagi).
> >> Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan
> >> molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
> >> samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan
> >> sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu
> >> berkata 'banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
> >> molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel
> >> air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi'
> >>
> >> Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
> >> air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
> >> (bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan
> >> warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu
> >> profesor bertanya 'Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah
> >> ini'. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat
> >> tangan dan menjawab 'saya rasa itu adalah sampel air zam-zam'.
> >> Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
> >> bertanya 'Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
> >> zam-zam.
> >>
> >> 'Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini' Jawab
> >> Pensyarah. Profesor berkata 'Saya tak tahu samada betul atau tidak
> >> air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
> >> zam-zam.'
> >>
> >> Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
> >> mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan
> >> itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata
> >> dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin
> >> dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing.
> >>
> >> Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang
> >> telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk
> >> seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut
> >> yg buncit).
> >> Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat
> >> dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian
> >> dan berkilau-kilau. ... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor
> >> menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah
> >> diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
> >>
> >> Subhanallah. .... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
> >> kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
> >> Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : 'Jika hendak air itu
> >> merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka
> >> masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah
> >> ayat-ayat yang mulia kepadanya'.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar